Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tampak Mudah, Namun Perlu Cekap Ketika Membuat Kuih Kapit Secara Tradisi

By 17 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Affandi Yusran Suhadi

PADANG BESAR, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Dilihat mudah namun mata dan tangan harus cekap dan pantas untuk mencurah adunan ke dalam acuan, dibakar dengan cepat dan perlu segera dilipat setelah masak.

Menurut Miss Incha Long Mad, 65, dari Kampung baru Lubok Machang, di sini tempahan biskut raya tradisi iaitu kuih kapit buatannya tidak putus-putus diterima sebaik tiba bulan Ramadan.

Biskut yang diperbuat dengan cara tradisi ini, kini sangat sukar didapati menjadikan Miss Incha tidak menang tangan menyiapkan tempahan. Ini kerana kuih kapit yang dibakar mengguna arang akan memberi aroma dan kerangupan yang berbeza dengan menggunakan acuan bersaiz 4 ½.

Beliau menyatakan, pembuatan kuih kapit tersebut terhad kerana faktor kesihatannya, iaitu hanya sekitar 400 keping setiap hari.

“Bermula pada minggu kedua puasa saya mula menyiapkan menyiapkan tempahan.

“Kebanyakkan yang membuat tempahan adalah penduduk kampungdan kawasan sekitar,” katanya.

Ketika krew Malaysia Aktif Perlis tiba seawal pagi, kelihatan anak buahnya sedang membantu membakar kuih kapit tersebut dengan pantas dan cekap.

Katanya, bagi mendapatkan kuih kapit yang rangup ini, beliau perlu menggunakan adunan yang tepat seperti campuran tepung beras, telur, gula dan santan.

“Insya-Allah atas permintaan pelanggan, kami sekeluarga akan meneruskan pembuatan kuih kapit secara traidisi ini di luar musim perayaan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda