Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KEMAS Segamat Seru Golongan Belia Sertai Kelas Pembangunan Insan

By 13 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Segamat menyeru golongan belia di sini untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti Kelas Pembangunan Insan.

Menurut Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Segamat Faridah Saat, Kelas Pembangunan Insan adalah satu aktiviti yang diperkenalkan kepada masyarakat yang bertujuan menyediakan satu platform membincangkan satu topik yang diberikan oleh naqib (pembimbing) dan usrah.

“Kelas Pembangunan Insan merupakan ikatan perpaduan yang dibina atas dasar iman dan Islam dengan berusaha, tolong-menolong semasa sendiri untuk memahami dan menghayati Islam, berusaha meningkatkan ilmu,” katanya.

Rahmah Hashim, 66, salah seorang peserta ketika ditemui, berkata program ini dapat menyemarakkan bulan yang mulia dengan tazkirah serta kelas mendirikan solat sunat.

“Ianya juga dapat memberi pengetahuan kepada peserta tentang cara mendirikan solat sunat seperti solat sunat tasbih,” katanya.

Program Usrah Nurani di Masjid Jannatul Firdaus Kampung Jawa yang dianjurkan KEMAS Parlimen Sekijang dengan kerjasama Masjid Jannatul Firdaus Kampung Jawa dan Pertubuhan Ikram Daerah Segamat semalam dihadiri 114 peserta dengan pengisian alunan zikir dan penerangan tatacara solat-solat sunat dibimbing Zuraini Zainol Abidin.

Turut hadir Pengerusi Masjid Jannatul Firdaus Kampung Jawa Mohd Elham Mohamad Soheh, Penyelia Kanan KEMAS Sekijang Khamis Ngadiman dan Ketua Kampung Jawa Salehan Jaafar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda