Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

6,600 Warga Johor Terima Sumbangan Hari Raya Tahun

By 13 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Facebook Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda

PONTIAN, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 6,600 warga Johor termasuk bukan Islam menerima sumbangan hari raya melalui Majlis Pengurniaan Bungkusan Hari Raya Kepada Pesakit Di Hospital Kerajaan dan Penghuni Rumah Kebajikan Kerajaan Peringkat Negeri Johor di Hospital Daerah Pontian semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid, berkata sumbangan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM757,000 oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) yang melibatkan 12 buah hospital kerajaan dan lapan buah rumah kebajikan kerajaan di seluruh negeri Johor.

“Program tahunan tersebut yang dianjurkan oleh MAIJ bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor sejak tahun 2005 lagi bertujuan berkongsi suasana kegembiraan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Johor khususnya bagi golongan yang ditimpa musibah,” ujarnya.

Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam telah sudi berangkat sebagai wakil rasmi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah ke majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda