Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanMA

Kemeriahan Makan Colek di Negeri Kelantan

By 19 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Firdaus Abd Aziz (Gua Musang)

GUA MUSANG, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Makan colek atau rojak selepas tarawih di kedai-kedai sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan.

Diantara makanan colek adalah campuran perut lembu, keropok, paru-paru goreng, ayam goreng dan sosej selepas dipotong kecil-kecil.

Selain itu, terdapat juga buah-buahan dan kerang bakar yang disediakan kepada mereka yang menggemarinya. Juadah ini boleh dimakan dengan sos manis, masam dan sos pedas.

“Suasana amat meriah pada waktu malam sehingga terpaksa menunggu giliran, jangan terkejut sebelum puasa, ada sesetengah tempat pada asalnya adalah kedai yang nampak suram tetapi malam bertukar menjadi kedai yang berwarna-warni” kata salah seorang pelanggan, Nurul Syafikah Abu Bakar, 28, dari Taman Kesedar Putra 2.

Pengusaha Restoran Mesra Wangi, Azita Azmira, 43, berkata kemeriahan makan colek hanya ada di bulan Ramadan dan pada tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya.

“Ramai pelanggan dari luar seperti Pahang, Johor dan Negeri Sembilan juga suka menikmati colek,” ujar beliau lagi.
Kemeriahan yang datang setahun sekali terutama bulan Ramadan turut memberikan rezeki kepada pengusaha restoran dan pelanggan dapat menikmati hidangan secara santai bersama kawan dan keluarga selepas solat sunat Tarawih.

 

-ZS-

Tinggalkan komen anda