Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kurnia Bantuan Rakyat Syukuri

By 13 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Kuala Terengganu)/Shuhami Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan bantuan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah di Istana Syarqiyyah, di sini pagi tadi.

Seramai 470 penerima terdiri daripada fakir miskin, penggiat seni, veteran polis, pelajar sekolah dan  pelajar madrasah menerima bantuan daripada Yayasan Sultan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) manakala 500 lagi penerima wanita menerima bantuan daripada Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM Datuk Mohd Fadli Yusuf, berkata bantuan yang disampaikan itu bertujuan memberi kelegaan kepada mereka meneruskan kehidupan pada Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Penerima bantuan Iqbalillah Ahmad Azrul Adam, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus meluah rasa teruja apabila dia pertama kalinya dipilih sebagai penerima bantuan dan menjadikan lebaran ini lebih bermakna.

“Rasa amat bersyukur dengan bantuan yang diterima pada hari ini, sudah pasti bantuan ini memberi keceriaan buat keluarga saya menyambut sambutan Hari Raya Aidilfiti pada tahun ini,” kata Aida Abas, 51, dari Lubuk Batu, Telemong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda