
Laporan/foto: Sunday Grace Justimus/Ithma Hebrica Jasli (Sabah)
KOTA KINABALU, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menganjurkan pelbagai program kesedaran kanser yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat khususnya di luar bandar.
Menurut Koordinator Mobil MAKNA, Hadi Fidauddin Justinus, 32, pelaksanaan Kempen My Pledge Against Cancer (MPAC) memberi banyak manfaat kepada pesakit kanser terutama pesakit yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.
“Sumbangan serendah RM38, RM58 dan RM88 sebulan sudah mampu untuk membantu pesakit kanser.
“Sambutan kempen sangat menggalakkan, dianggarkan sekurang-kurangnya 6,000 penderma baru akan melakukan sumbangan tahunan,” katanya ketika ditemui di Pejabat MAKNA baru-baru ini.
Tambah beliau, selain bantuan kewangan orang awam juga boleh menjadi sukarelawan MAKNA ataupun mendaftarkan diri sebagai penderma sel stem di Malaysian Stem Cell Registry (MSCR).
“Tidak ada bayaran yang dikenakan kepada yang ingin menjadi penderma sel stem hanya perlu mendaftarkan diri secara “online” dan meluangkan masa menjalani ujian makmal khas.
Sekiranya sesuai untuk menderma, mereka akan dihubungi oleh pihak MSCR,” kongsinya.
Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat boleh meringankan beban pesakit kanser dalam program MPAC walaupun sumbangan hanya RM1.26 sehari namun jumlah ini sangat bermakna.
-ZS-