Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Usahawan Tani Jana Pendapatan Lumayan

By 28 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Amsyar/Hanizatul Azwa (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Siapa sangka kesungguhan dan kegigihannya dalam bidang pertanian telah mengubah hidup seorang budak kampung biasa kepada usahawan tani yang berjaya.

Abdul Manan Yahya, 55, memilih untuk menceburi bidang penanaman terung dan kubis sebagai sumber pendapatan dan kini hasil kutipan daripada tanamannya mampu mencecah sehingga RM3,000 sebulan.

Beliau mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Lembaga Pertubuhan Peladang bagi memantapkan teknik tanamannya.

“Selain bertani, saya turut mengusahakan beberapa perniagaan lain seperti inap desa dan perkhidmatan kanopi.

“Saya harap masyarakat kita terutama golongan muda yang mempunyai minat untuk berniaga untuk tidak mudah mengalah dan terus berusaha bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda