Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

OMJ Segamat Kekal Tradisi Mengacau Dodol

By 17 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 40 belia menyahut cabaran dengan menjayakan program Orang Muda Johor (OMJ) @Kacau Dodol Daerah Segamat anjuran Pusat Pembangunan Belia Johor (Joydec) telah berjaya menyatukan golongan belia sekitar daerah Segamat selari dengan objektif program iaitu memberikan pengalaman kepada para belia dan remaja untuk belajar cara membuat dodol secara tradisional, baru-baru ini.

Bertempat di dewan terbuka Majlis Belia Daerah Segamat menjadi lokasi penganjuran program berkenaan dan juga menjadi kegiatan yang mendukung interaksi positif antara belia dan dapat membantu melestarikan budaya dan tradisi lokal.

Pembantu Belia dan Sukan Pejabat Daerah Segamat Mohamad Khairul Najid Mustaffa, berkata program dilaksanakan seawal pukul 8.30 malam bermula dengan persiapan kawah, penyediaan bahan dan seterusnya telah berlangsung mengacau dodol secara serentak sebanyak empat kawah yang melibatkan Majlis Belia Daerah Segamat, Southern Volunteers (SV) Daerah Segamat, Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Daerah Labis dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Norliana Razali, 40, yang juga ahli SV, berkata beliau amat seronok dapat meluangkan masa bersama rakan SV dan rakan belia dalam menjalankan aktiviti seperti ini yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman hadir melakukan gimik program OMJ @Kacau Dodol dengan mengacau dodol serta mengadakan sesi ramah mesra bersama petugas-petugas kacau dodol yang terdiri daripada golongan belia.

Sebanyak 140 bekas dodol diagihkan kepada petugas-petugas serta pejabat jabatan kerajaan daerah Segamat.

Turut hadir Pentadbir Tanah Segamat Mohd Helmi Datuk Saari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Yang Mulia Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria, Naib Presiden 1 Majlis Belia Negeri Johor merangkap Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat Mohd Faiz Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda