
Laporan/foto: Muhammad Nashran (Kampar)
KAMPAR, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Usaha terus dipergiat bagi melahirkan Kampar sebagai sebuah bandar yang menggariskan hubungan antara pembandaran yang baik, penciptaan peluang pekerjaan, peluang mata pencarian dan peningkatan kualiti hidup.
Menurut Ahli Majlis Daerah Kampar (MDKpr) Rafidi Mohd Razali, bandar ini merupakan inisiatif pelancongan negeri dan ia juga selari dengan usaha MDKpr untuk menjadikan Kampar sebagai ‘City of Colours’.
Bandar ini terus menjadi pemangkin bagi menaikkan sektor pelancongan di daerah ini seterusnya meningkatkan tahap ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Kampar.
“Peningkatan ekonomi yang ketara akan membuka lebih banyak peluang dan ruang menarik pelabur-pelabur luar untuk datang melabur di bandar ini,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Kampar ke arah ‘City of Colours’ antaranya dapat diterjemah melalui keistimewaan Bandar Agacia yang terletak di tengah pekan Kampar.
Bandar yang berwarna-warni seakan-akan taman tema Disneyland pastinya menarik pengunjung terutama mereka yang gemar berswafoto atau bergambar kenangan.
-ZS-