Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pakej Sukan Pelancongan RM330 Dilancar

By 29 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned/Johny George Kimlon

KOTA KINABALU, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Tourism Malaysia dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) dan lapan agensi pelancongan di Sabah melancarkan pakej sukan pelancongan pada harga yang murah iaitu RM330 seorang.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Khairul Firdaus Akhbar Khan pelancaran pakej tersebut berupaya menarik lebih ramai kehadiran peminat bola sepak ke stadium seterusnya membantu meningkatkan industri pelancongan Sabah.

“Saya amat optimis perkembangan pakej ini kerana dianggarkan sejumlah 80 ke 100 peminat setia akan sentiasa mengikuti pemain atau pasukan kegemaran mereka pada setiap kali perlawanan berlangsung di negeri lain.

“Peminat juga berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan para pemain Sabah FC serta dibawa menyaksikan sesi latihan di Stadium Likas sehari sebelum aksi sebenar Liga Super 2023 bermula.

“Selain itu, mereka berpeluang menonton perlawanan bersama barisan pemain lagenda bola sepak Sabah seperti Matlan Marjan, Jelius Ating dan ramai lagi,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pakej ‘Bola In The City with Sabah FC’, di sini semalam.

Tambahnya, kepelbagaian elemen pelancongan digabungkan dalam pakej ini menawarkan pilihan melawat beberapa destinasi pelancongan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Sabah.

“Antara tawaran pakej destinasi pelancongan seperti Pulau Manukan, Rumah Terbalik, Monsopiad Heritage Village, Tagal Tinopikon Walk, menikmati makanan laut di Restoran Terapung Kampung Nelayan, restoran makanan tradisi di Kota Kinabalu dan aktiviti urutan kaki,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda