Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pejabat MARA dan Usahanita Jempol Edar Bubur Lambuk

By 8 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida/Muhd Hafizi Zainal (Jempol)

JEMPOL, 8 Apr (Malaysiaaktif) –
Ramadan yang merupakan bulan keberkatan dan kerahmatan sinonim dengan aktiviti-aktiviti penyampaian bantuan barangan keperluan, sumbangan kuih dan duit raya.

Bertempat di hadapan Bangunan Bazar MARA Bahau Jempol satu program agihan bubur lambuk telah diadakan anjuran Pejabat MARA dan Usahanita Jempol dengan kerjasama Pejabat Penerangan, Ibu Pejabat Polis, Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Pejabat Daerah dan Tanah serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Jempol.

Menurut Pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA Jempol Farizuan Zulkifli, 31, berkongsi bubur lambuk adalah salah satu cara berkongsi rezeki kepada komuniti untuk merasai juadah makanan di bulan Ramadan.

“Menerusi program ini juga ia mampu menyatupadukan semua usahawan dan mewujudkan kitaran dan budaya yang sihat baik selain menerapkan selain berkongsi rezeki,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Jempol Puan Nawal Mohamed Amin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol YM Raja Norazli Raja Nordin, Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook, Pengerusi USAHANITA Norlida Abdul Kudus.

-ZS-

Tinggalkan komen anda