Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir (Tampin)/Pejabat Daerah dan Tanah Tampin
TAMPIN, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Umat Islam diseru untuk mengamal serta menghayati setiap maksud yang terkandung didalam al-Quan sempena ketibaan Nuzul Quran hari ini.
Seruan tersebut telah disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Rozali Muhammad menerusi Tazkirah Ramadan yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Tampin.
“Kemuliaan dan kehebatan Ramadan itu kerana al-Quran dan Allah SWT telah menurunkan al-Quran pada bulan Ramadan untuk umat Islam amal serta hayati setiap maksud disebaliknya.
“Justeru itu, sebagai ketua keluarga individu tersebut harus memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan al-Quran sebagai panduan kehidupan seharian,” ujarnya ketika menyampaikan Tazkirah Ramadan di Masjid Tunku Besar Tampin semalam.
Tazkirah Ramadan ini telah dihadiri oleh pegawai serta kakitangan kerajaan daerah Tampin.
-ZS-