Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pertandingan Gerai Terbaik Bazar Ramadan Galakkan Peniaga Jaga Kebersihan dan Keselamatan Makanan

By 12 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: YusoffIrman/Mohamad Ishak (Temerloh)

TEMERLOH, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Pertandingan Gerai Terbaik di Bazar Ramadan Temerloh menggalakkan para peniaga di bazar ini untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat.

Khairul Hazwan Abdul Rahman, 30, yang memenangi Kategori Gerai Burger Terbaik, berkata pertandingan yang diadakan ini sekali gus mempromosi gerai beliau sebagai gerai yang bersih dan selamat.

“Dengan penganjuran program begini, secara tidak langsung dapat memperkenalkan gerai saya dan sebagai peniaga kita akan mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan makanan untuk dijual kepada pengunjung bazar,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh Dr Sharifah Syed Mahar Affandi, berkata objektif utama program ini adalah memperkasakan para peniaga untuk menyediakan juadah berbuka dengan bersih dan selamat.

“Selain itu, kita juga mempromosikan panduan pemilihan jualan yang selamat kepada pengunjung melalui kaedah “perhati dan pilih”,” katanya yang ditemui selepas Program Walkabout Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2023.

Turut hadir Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Tuan Suris Mihat.

Selain Kategori Gerai Burger Terbaik, kategori lain yang dipertandingkan adalah Kategori Gerai Air Balang Terbaik dan Kategori Gerai Kuih-Muih Terbaik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda