Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jadikan Qiamullail sebagai Amalan Berterusan – Aminuddin Harun

By 12 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Ramadan adalah amat istimewa kerana memiliki pelbagai kelebihan berbanding bulan-bulan lain. Antara amalan yang disunatkan adalah memperbanyak bacaan al-Quran, solat sunat tarawih dan qiamullail pada waktu malam.

“Kebanyakan daripada kita hanya menghidupkan qiamullail pada bulan Ramadan lantaran mahu mengejar pahala pada bulan suci tersebut. Bukankah sebaik-baik amalan adalah amalan yang sedikit namun berpanjangan?

“Jika sudah amalkan berqiamullail sepanjang bulan Ramadan, lebih baik diteruskan ibadat ini secara berlarutan. Jika diamalkan selalu, lama-kelamaan ianya akan terbiasa bahkan berasa rindu jika tidak melakukannya”.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata demikian ketika menghadiri Program Qiamullail Perdana di Masjid Ar-Raudah Taman Rasa Sayang, Senawang, di sini pagi tadi.

Program yang bermula seawal pukul 1.00 pagi sehingga waktu subuh itu turut mengadakan pelbagai pengisian seperti solat sunat tahajud, solat sunat taubat, membaca al-Quran, berzikir dan kuliah subuh.

“Marilah kita merebut peluang untuk menziarahi masjid dan surau dalam kariah masing-masing atau sesekali mengunjungi masjid lain yang berhampiran bagi menghidupkan Ramadan dan menghayati kemanisan beribadah di bulan yang dinanti-nantikan.

“Utamakanlah aktiviti mengimarahkan masjid dan surau kerana ia tempat terbaik untuk dikunjungi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda