
Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)
TANGKAK, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar, di sini semalam dihadiri seramai 240 orang klien dan Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN.
Menurut Pengarah PUSPEN Muar Mohd Faisal Maksom Majlis Kecemerlangan Klien ini julung kali dilaksanakan bertujuan menghargai usaha klien dalam menyerlahkan bakat serta pencapaian mereka dalam mengharungi cabaran pemulihan sepanjang tahun 2022 lalu.
“Antara acara yang dipertandingkan adalah Tilawah Al-Quran, syarahan, azan dan nasyid.
“Penganjuran program seperti ini dapat membantu klien dalam menyerlahkan bakat serta keyakinan diri untuk mereka memulakan kehidupan baharu yang lebih baik,” katanya.
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh ketika merasmikan majlis tersebut, berkata kepulihan yang sedang klien jalani sepanjang ini, dengan kekuatan mental serta dorongan minimum daripada para pegawai serta kakitangan yang membantu, klien boleh mendapat kepulihan secara penuh dalam diri masing-masing.
“Harapan, dan saya yakin para klien dapat berubah menjadi belia insan yang berguna kepada agama, bangsa dan kepada negara kerana di luar sana masih ada pihak yang menanti klien semua dengan hati yang terbuka,” katanya.
Turut hadir Pengarah PUSPEN Muar Mohd Faisal Maksom, isteri Ahli Parlimen Ledang Professor Dr.Mela Sutra Md.Dali, Ustaz Abdul Akim Abdullah Imam Masjid Al-Munir.
-ZS-