
Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)
SIK, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Kelab Anak-Anak Sik (KAAS) meraikan 400 kanak-kanak menerusi program Berbuka Puasa Kanak-kanak Luar Bandar.
Timbalan Presiden KAAS Md Sabri Hamid, berkata program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki di bulan Ramadan bersama dengan mereka yang kurang berkemampuan sambil menikmati hidangan makanan segera terkenal itu.
Selain itu, Md Sabri turut berterima kasih kepada para penyumbang yang turut serta dan memberi kepercayaan kepada KAAS dalam menunaikan hasrat mereka utk berkebajikan.
“Tahun ini merupakan kali ketiga, KAAS menjalankan program ini dimana kita memberi menu kesukaan kanak-kanak iaitu ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai juadah berbuka puasa.
“Ada di antara mereka yang tidak pernah menikmati hidangan KFC kerana tidak mampu untuk membeli, jadi ia juga salah satu penghargaan kepada anak-anak yang berpuasa.
“Kami berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak ini dan berharap sedikit sebanyak dapat memberi senyuman kepada mereka pada bulan mulia ini. Malah ada kanak-kanak seawal usia lima tahun berpuasa penuh semata-mata kerana hendak berbuka dengan KFC,” ujarnya.
-ZS-