
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
HULU KELANG, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana di sini semalam.
“Beta dengan sukacitanya merasmikan masjid ini dengan nama Masjid Ukay Perdana,” titah baginda.
Perasmian Masjid Ukay Perdana tersebut sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama rakyat di daerah Gombak.
Masjid Ukay Perdana dibina atas tanah seluas tiga ekar yang dapat menampung sehingga 1,800 jemaah.
Masjid tersebut dibina pada Mac 2013 dan siap pada Disember 2017 dengan kos perbelanjaan berjumlah RM15 juta yang dibiayai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Sempena majlis berkenaan turut diadakan penyampaian sumbangan hari raya kepada 440 asnaf yang terdiri daripada 66 orang fakir, 287 orang miskin dan 87 mualaf.
Turut hadir Tengku Permaisuri Norashikin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
-ZS-