Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Surah Al–Insan Tema Utama Usaha Merealisasikan Misi Masuk Syurga Sekeluarga

By 14 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

BUKIT PALAH, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Surah al–Insan dipilih dengan membawa tema utama ‘Memanusiakan Ummah’ dalam usaha merealisasikan Misi Masuk Syurga Sekeluarga melalui Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana sempena World #Quranhour ‘Humanising The Ummah’ Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M di Masjid Al Azim, di sini semalam.

Menurut Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merangkap Penyelaras Program Murad Ahmad, berkata untuk mencapai misi Masuk Syurga Sekeluarga melalui panduan surah al-Insan terdapat dua perkara penting yang perlu diselaraskan dalam diri manusia iaitu kerangka fikir dan sistem operasi diri.

“Matlamat utama penganjuran majlis ini adalah menggarapkan nilai–nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah–surah bagi membentuk cara hidup berlandaskan al-Quran di mana ianya telah dijalankan serentak di seluruh dunia dengan kerjasama rakan sinergi daripada media, agensi kerajaan dan swasta di dalam dan luar negara. “ katanya.

Majlis khatam al–Quran dan ikrar al-Quran telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid al–Azim Mohamad Hashim al–Hafiz.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Toh Puan Asmah Abd Rahman turut hadir menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

-ZS-

Tinggalkan komen anda