Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Jasin)
LIPAT KAJANG, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi memberi sinar buat 376 orang penerima sumbangan bantuan Aidilfitri Parlimen Jasin yang dirai, di Dewan Lipat Kajang, semalam.
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Khaidirah Abu Zahar, sebanyak RM348,000 diperuntukkan untuk 1,740 penerima di seluruh Melaka.
“Lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Jasin kesemua penerima daripada warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal bertanggungan,” ujarnya.
Turut hadir ADUN Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis.
-ZS-