Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tradisi Baraan di Batu Pahat

By 28 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Baraan atau marhaban yang merupakan istilah dalam bahasa Jawa bermaksud berjalan-jalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan setiap kali tibanya perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan tradisi masyarakat di sini.

Kebiasaannya baraan dilakukan dalam tempoh sehari bagi memberi peluang penduduk kampung berhari raya bersama keluarga masing-masing pada hari berikutnya.

Menurut salah seorang rombongan baraan, Muhammad Syahmi Faimi, 17, aktiviti ini diadakan pada setiap tahun bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga kampung dan sekali gus dapat menziarah penduduk kampung dari rumah ke rumah.

“Walaupun agak memenatkan, namun ianya tidak menghalang budaya saling menziarahi itu diteruskan kerana keseronokan dapat bertemu dengan rakan dan jiran tetangga,” ujarnya.

Ketua rombongan baraan Syahril Ismail, 41, berkata tradisi baraan ini perlu diteruskan bagi mendidik generasi muda tentang budaya kunjung-mengunjung untuk menyemarakkan lagi sambutan hari raya dan menyemai jati diri serta mengeratkan silatulrahim di kalangan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda