Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Yang Di-Pertuan Agong Imbau Nostalgia Almarhum Ayahanda

By 8 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman (Seberang Perai Utara)

TASEK GELUGOR, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini mengimbau nostalgia ayahanda baginda ketika hadir merasmikan Masjid Jamek Ar-Rahmani Kampung Banggol, Tasek Gelugor.

Dalam titah perasmian baginda sempat menceritakan bahawa ayahanda baginda Tuanku pernah hadir ke Masjid Jamek Kampung Banggol ini pada tahun 1983, kira-kira 40 tahun yang lalu ketika ayahanda baginda Tuanku turut sama menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Masjid Jamek Qariah Kampung Banggol merupakan masjid lama yang telah dibina pada tahun 1890-an. Sepanjang tempoh itu masjid ini telah dibuat pengubahsuaian sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1955, 1970, 1990 dan tahun 2000 sebelum ianya dirobohkan untuk dibina semula pada tahun 2018 bagi menampung penambahan jumlah qariah.

Masjid baru ini dibina di atas tapak masjid lama dengan kos sebanyak RM4.28 juta berjaya disiapkan pada bulan Disember 2019 dan mula digunakan semula sepenuhnya pada tahun 2020 dengan nama Masjid Jamek Ar-Rahmani.

Dalam majlis yang sama baginda Tuanku sempat menyantuni para asnaf dan anak yatim dengan pemberian sumbangan duit raya.

Turut hadir Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Mohammad Iskandar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda