
Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 21 Mei (Malaysiaaktif) – E-sukan atau E-Sport telah menjadi medium yang mampu menjadi kerjaya bagi anak-anak muda dan oleh itu, satu pertandingan E-Sport telah diadakan bersempena dengan program Karnival Maju Johor dan Tanah Daerah Segamat 2023 (KMJTDS).
Megat Muhammad Faiz Irsyad Zaini, telah menduduki tempat pertama dalam acara E-Sport PS5 Fifa dan berjaya membawa pulang wang sebanyak RM400 manakala bagi pertandingan Mobile Legends pula dimenangi oleh kumpulan KKC yang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM200.
Menurut Pembantu Belia dan Sukan Pejabat Daerah Segamat, Mohamad Khairul Najib Mustafa, pengunjung KMJTDS 2023 dialu-alukan untuk hadir dan kepada mereka yang berminat bermain PlayStation 5 (PS5) dan juga Mobile Lagend (MLM), yuran penyertaan adalah mengikut permainan.
Selain acara E-Sport, terdapat juga aktiviti lain yang berlangsung sempena karnival berkenaan antaranya ialah pameran daripada agensi jabatan kerajaan iaitu Jabatan Pentadbiran Tanah dan Galian Negeri Johor, jualan pasar tani, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan chess terbuka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan sebagainya.
-ZS-