
Laporan/foto: Affandi Yusran/Anuar Che Amat
KUALA PERLIS, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Daya Niaga Francais di sini adalah yang pertama dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tahun 2023 hasil perancangan Program Franchise Bay sebelum ini.
Program Jualan Rahmah ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei lalu dan ia adalah sebagai pembuka tirai untuk siri program pembangunan perniagaan francais dalam negara.
Menurut salah seorang peniaga syarikat NFS AMG Trading yang terlibat dengan Jualan Rahmah tersebut Nur Anis Azizi, 30, lebih 1,000 orang pengunjung telah hadir untuk membeli barang keperluan di tersebut.
Baucar Rahmah bernilai RM5 turut diedarkan oleh pihak penganjur yang boleh digunakan di semua gerai jualan yang menyertai program ini.
-ZS-