Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rumah Kasih Harapan Kak Wan

By 15 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Inthran Krishnan/Nurul Jannah Shamsul Anuar (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR 15 Mei (Malaysiaaktif) – Program Rumah Kasih Harapan Kak Wan diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang mempunyai rumah sendiri untuk dipulihkan supaya memberikan kesempurnaan dan keselesaan.

“Ianya juga bagi membantu golongan tersebut yang mempunyai rumah  sendiri dalam keadaan daif dan lusuh untuk ditransformasikan supaya memiliki rumah yang sempurna dan selesa sejajar dengan konsep Baiti Jannati (rumahku syurgaku), kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena Pelancaran Projek Rumah Kasih Harapan Kak Wan, di sini hari ini.

Beliau juga menyeru supaya semua pihak beriltizam untuk terus berusaha keras dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan bersama-sama menjayakan agenda negara dengan membina semula ekonomi bagi mencapai negara Madani.

Penerima sumbangan Hamidah Moin, 63, berkata keprihatinan Wan Azizah menunjukkan kesungguhan beliau dalam membantu golongan B40 Bandar Tun Razak membuatkannya amat terharu.

Tambahnya, lawatan Wan Azizah ke rumahnya setelah pengubahsuaian dilakukan dan menandatangani plak Rumah Kasih Harapan Kak Wan adalah sangat dihargai.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar, Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin, Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Media Sdn Bhd. Datuk Afdlin Shauki Pengerusi Kawasan Cawangan Bandar Tun Razak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Asyqoh Yusof dan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Penara Suhaimi Azahari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda