Laporan/foto: Salina Hasan@Abd Rashid/MPAG (Alor Gajah)
REMBIA, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Penubuhan Unit Tindakan Awal Skuad Khas atau TASK merupakan salah satu inisitiaf Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) untuk mengambil tindakan awal dalam menghadapi bencana.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Saifuddin Abdul Karim, skuad ini dianggotai seramai 10 orang kakitangan daripada pelbagai jabatan dalaman dan diketuai oleh Jabatan Penguatkuasaan MPAG yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mei lalu yang sentiasa siap siaga bagi memberi bantuan awal kepada penduduk terkesan.
“TASK juga membantu jabatan dan agensi berkaitan apabila berlaku sebarang bencana di daerah Alor Gajah,” ujarnya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Perbandaran Alor Gajah ke-20 tahun, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
-ZS-