Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Belia Dicabar Lebih Berani Lontarkan Pandangan – Amirudin

By 11 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mencabar golongan belia untuk berani melontarkan pandangan.

Amirudin, berkata suara anak muda penting untuk menentukan masa depan mereka.

“Saya lontarkan cabaran penting yang harus ditangani oleh pimpinan belia khususnya menangani cabaran terkini sama ada peringkat kerajaan dan antara belia.

“Setiap cabaran mengikut zaman berbeza-beza, itu sebab golongan belia berani menyuarakan pandangan menentukan masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Pelbagai program menarik mengisi sambutan tahun ini antaranya larian ‘fun run’, temuduga terbuka, kursus kemahiran gunting rambut, pertandingan gusti lengan, pameran jabatan dan agensi serta penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda