Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

‘Derma Darah, Derma Plasma, Derma Berterusan, Demi Kehidupan’

By 19 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Muhammad Danial Zakwan Michael (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun ini adalah bertemakan ‘Derma Darah, Derma Plasma, Derma Berterusan, Demi Kehidupan’.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata tema ini dipilih kerana ianya memfokuskan kepada pesakit yang memerlukan sokongan transfusi sepanjang hayat dan peranan individu itu dengan pendermaan darah atau plasma.

“14 Jun setiap tahun merupakan Hari Penderma Darah Sedunia yang telah diwartakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menghargai para penderma darah dan usaha agensi yang terlibat dalam menjalankan kempen derma darah di semua peringkat seluruh negara,” katanya ketika ucapan perasmian yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, sebanyak empat kategori anugerah telah disampaikan kepada penderma darah iaitu Penderma Darah Terbanyak Lelaki, Penderma Darah Terbanyak Perempuan, Penderma Aferesis Terbanyak dan Penganjur Kempen Derma Darah Paling Komited mengikut negeri.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Haji Mohtar Pungut@Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia Dr. Pamela Lee Yew Fong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib, Timbalan Pengarah 1, Pengarah Pusat Darah Negara Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah, Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Johor Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda