Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kenderaan Muatan Ilmu

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff/Muhammad Fakharuddin Khaderi (Daerah Barat Daya)

PULAU BETONG, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Perpustakaan Bergerak milik Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ini masih mengekalkan wajah dan konsep yang hampir sama sejak dulu hingga menimbulkan nostalgia kepada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatannya satu ketika dulu.

Bas yang membawa muatan ilmu ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar-pelajar luar bandar khasnya untuk mendapatkan beberapa naskah buku bacaan untuk dipinjam. Perpustakaan Bergerak ini akan kembali semula selepas dua minggu untuk proses serahan atau menukar buku baru.

Menurut Nur Auni Madihah, 10, beliau berasa gembira setiap kali berada di dalam bas tersebut bersama rakan-rakannya.

“Saya gemar membelek helaian komik dahulu sebelum memilih beberapa buah buku ilmiah untuk dipinjam,” katanya.

Azman Muhammad, 54, pemandu Perpustakaan Bergerak ini memberitahu bas perlu ke lokasi mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama seorang pustakawan bertugas.

“Masa yang diperuntukkan adalah selama dua jam sebelum perlu beredar ke lokasi seterusnya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda