Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Fahmi Fadzil Luang Masa Bersama Warga Bangsar

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Rajeswari Anbazagan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai menyantuni warga Bangsar dalam program ‘Coffee Community Conversations’ bersama komuniti Bangsar di Dewan Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di sini pada Sabtu.

“Saya ingin meluangkan masa bersama warga Lembah Pantai meskipun mempunyai jadual yang padat,” katanya.

Sebelum ini, Fahmi Fadzil dalam lawatan kerja beliau ke luar negara berhasil membawa pulang pelaburan kepada negara sebanyak RM8.3 bilion dari sektor teknologi digital.

Melalui program tersebut Fahmi Fadzil mendengar sendiri aduan tentang permasalahan yang dihadapi oleh warga Bangsar dari pelbagai aspek seperti penambahan kamera litar tertutup di kawasan perumahan, isu penempatan menara telekomunikasi dan lain-lain.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Datuk Imri Mokhtar dan Pegawai Kesihatan Daerah Lembah Pantai Dr. Noriklil Bukhar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda