Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kerjasama KV dan Pihak Industri Lahirkan Tenaga Kerja Mahir

By 16 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Kerjasama antara Kolej Vokasional (KV) dan pihak industri mampu melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad Kementerian Pendidikan amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama antara institusi latihan dan industri kerana dengan perkongsian teknologi serta kepakaran dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.

“Dalam memenuhi usaha ini, jalinan kerjasama dengan pihak industri sedang dipergiatkan agar lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara.

“Manakala agenda ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menjangkakan akan wujud 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan sasaran sebanyak 60 peratus daripada pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training –TVET),” katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) Kolej Vokasional Zon Sabah Dan Labuan Bersama Pihak Industri, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Labuan, Noraini Sahbudin.

Seramai kira-kira 1,200 graduan KV Zon Sabah dan Labuan akan menjalani latihan industri di Palm Beach Resort & Spa Labuan dan Dorsett Grand Labuan.

Turut hadir Pengarah Kolej Vokasional Labuan Siti Muslihah Leeudin dan Pengarah-pengarah serta wakil KV Zon Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda