Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MPS Tutup Dua Hotel Bajet, Beroperasi Tanpa Lesen Sah

By 16 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS

SELAYANG, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenakan tindakan menutup selain menyita dua buah hotel bajet di Desa Aman Puri kerana beroperasi tanpa lesen dalam satu operasi bersepadu pada Rabu lalu.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS, berkata pihaknya telah mengambil tindakan tegas menyita barangan berupa tilam, bantal serta perabot.

“Kedua-dua hotel bajet yang disyaki baru beroperasi itu didapati turut melakukan perubahan struktur dalam bangunan tanpa kebenaran.

“Sebanyak empat kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan berkaitan lesen perniagaan, ubahsuai bangunan dan kacau ganggu di bawah akta, enakmen dan undang-undang kecil terhadap pemilik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selain itu operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mengenakan tindakan menarik sementara lesen sebuah pusat refleksologi di Prima Gombak dan juga sebuah pusat hiburan di Desa Aman Puri atas kesalahan melanggar syarat lesen perniagaan.

“Keseluruhan pada operasi ini MPS telah mengeluarkan sembilan kompaun, empat notis, dan tiga tindakan sita.

“Sehingga Jun 2023, MPS telah mengadakan enam operasi bersepadu selain operasi berkala pada setiap minggu untuk memastikan semua undang-undang dan peraturan di perbandaran Selayang dipatuhi,” kata kenyataan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda