
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Orang Gombak ditawarkan kemudahan perkhidmatan e-panggilan terbaharu Trek Rides Gombak.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pengangkutan menggunakan mikrovan itu boleh dibuat melalui tempahan di Trek App.
Menurutnya, sebanyak dua kenderaan disediakan bagi tempoh percubaan selama tiga bulan tersebut.
“Trek Rides Gombak menawarkan perkhidmatan awam meliputi 71 hentian sekitar Gombak antaranya Wira Damai, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Tua dan Sungai Kertas.
“Gombak merupakan lokasi ketiga selepas Puchong dan Bangsar yang akan ditawarkan secara percuma selama tiga bulan bermula 12 Jun,” katanya pada perasmian Trek Rides Gombak, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor Ng Sze Han.
Amirudin, berkata kemudahan tersebut sebagai usaha penyelesaian kepada isu jaringan pengangkutan antara lokasi ke lokasi lain (first mile last mile).
“Kita tengok maklum balas, jika perkhidmatan ini berjaya maka akan diperluaskan ke lebih banyak lagi lokasi di Selangor.
“Kerajaan negeri turut pertimbang pemberian subsidi demi menggalak orang ramai menggunakan kemudahan awam bagi mengatasi kenderaan peribadi atas jalan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.
-ZS-