Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Program Jom Digital – Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Siber

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Keprihatian memperluaskan kesedaran jenayah siber di peringkat komuniti, Yayasan Digital Malaysia dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menganjurkan Program Jom Digital@Lembah Pantai : Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Connectivity di Perumahan Pantai Permai, di sini semalam.

Melalui program tersebut masyarakat setempat didedahkan dengan modus operandi penipu atas talian seperti ‘mobile hacking’, ‘public wi-fi hacking’, ‘spoof call’ dan juga ‘phishing attack’.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut menasihatkan masyarakat untuk lebih berhati-hati dan sentiasa mempunyai sikap selidik dulu punca informasi tersebut jika menerima apa jua informasi yang mencurigakan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Digital Malaysia Nasru Syazwan Nawai, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Digital Malaysia Ahmad Faizal Zulkipli dan wakil Yayasan GoStrong Malaysia Mohd Faizal Othman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda