Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PINCER MBI Studio Sasar Jadikan Ipoh Bandar Kreatif

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Kinta)

IPOH, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Penjenamaan semula PINCER MBI Studio bakal menjanjikan penumpuan terhadap produksi seni perfileman.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud dalam ucapannya berharap negeri Perak khususnya Bandar Raya Ipoh bakal menjadi sebuah pusat tumpuan yang memberi ilham kepada para penggiat seni merangkumi bidang muzik, teater, sastera dan seumpamanya untuk mengasilkan karya-karya terbaik merentas zaman.

“Sasaran penubuhan PINCER MBI Studio adalah untuk menjadi salah satu hab dunia perfileman negara sekali gus berupaya menarik minat pasaran antarabangsa untuk membuat pelaburan di Perak.

“Selain itu, perancangan saya adalah supaya PINCER MBI Studio ini dapat memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan bandar menerusi elemen Bandar Kreatif,” ujarnya ketika merasmikan Penutupan Program Kem Belia Kreatif 2023 di PINCER MBI Studio, Meru, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda