Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Tinggal Hasen Jual Roti Pakai Van di Labuan

By 25 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Penjual roti yang bergerak menggunakan van bukan sesuatu yang asing di Labuan satu ketika dulu, namun kini hanya seorang sahaja penjual roti menggunakan van yang masih beroperasi.

Menurut penjual roti yang bergerak dengan van Hasen Mohamad, 50 pada satu ketika ada tiga ke empat penjual roti yang bergerak menggunakan van.

“Sekarang tinggal saya seorang sahaja yang masih jual pakai van dan pelanggan juga tidak seramai dulu, dulu ramai yang tunggu bunyi hon van tapi tidak sekarang,” katanya semasa ditemui ketika sedang bergerak dalam satu kawasan perumahan di sini semalam.

Jelasnya, beliau mula bergerak ke pelusuk kampung dan kawasan taman perumahan bermula jam empat petang hingga jam 10 malam.

“Sebelah petang saya banyak bergerak dalam kawasan kampung dan sebelah malam saya masuk kawasan perumahan dan saya akan jual guna van hanya untuk tiga kali seminggu,” katanya yang sudah menjalankan tugas itu selama lebih 20 tahun apabila bekerja dengan salah satu kedai roti yang terkenal di pulau itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda