Skip to main content
MA

300 Pengunjung Hadir PJR Bergerak di Sanglang

By 29 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

SANGLANG, 29 Jul (Malaysiaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) Bergerak bagi Parlimen Arau (DUN Sanglang) anjuran Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis dengan kerjasama Syarikat Sepakat Gemilang Trading di Masjid Al-Maghfirah, Kepala Batas Pauh, di sini semalam berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 300 orang pengunjung.

Orang ramai mendapatkan barang-barang keperluan asas dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran pada jualan yang bermula dari pukul 3.00 hingga enam petang.

Seorang suri rumah Zainiwati Hasan, 47, berkata PJR Bergerak yang menjual barang-barang kepeluan dengan lori ini sangat bagus kepada penduduk yang berada jauh di kawasan kampung.

“Kami dapat menjimatkan kos minyak kenderaan untuk keluar membeli barangan di pekan yang berdekatan,” ujarnya.

Bagi Hashimah Hasim, 66, harga yang dijual sangat berpatutan.

“Harga ayam hanya RM10 seekor dan sayuran seperti labu juga murah dan segar.

“Saya harap PJR Bergerak dapat diteruskan ke kawasan-kawasan kampung setiap bulan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda