
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 30 Jul (Malaysiaaktif) â Agensi kerajaan perlu sentiasa bersikap proaktif, kreatif dan inovatif dalam penyampaian perkhidmatan agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar, agensi kerajaan perlu sentiasa bersikap proaktif dalam meningkatkan ilmu pengetahuan di samping meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif.
âKita sepatutnya bekerjasama dalam perkongsian kepakaran dan sumber antara sektor awam dan swasta untuk memaksimumkan potensi teknologi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai selaras nilai teras daya cipta yang mendokong aspirasi Malaysia Madani,â katanya semasa merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan dan Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan 2023, di sini semalam.
Tambahnya, rakyat Labuan tidak terkecuali untuk meraikan sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan dengan pelbagai program yang sedang disusun berbentuk âcommunity-basedâ.
âIni termasuk program âPasport 50WPâ yang membolehkan rakyat Labuan menerokai lokasi-lokasi menarik, tempat-tempat permata tersembunyi (hidden gems) yang potensinya boleh dikembangkan, tempat bersejarah, lokasi tumpuan pelancong, âunsang placesâ dan kafe-kafe makan âvibrantâ di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan,â katanya.
.-ZS-