Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Selit Semangat Patriotik dalam Dikir Darat

By 30 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim (Pahang)

ROMPIN, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Inisiatif seorang guru yang juga pensyarah di Kolej Voksional Sultan Ahmad Shah mendapat perhatian ramai apabila nyanyian dikir barat di bawah pimpinannya menyelitkan lirik berunsur patriotik.

Menurut Mohd Zulhilmi Abd Ghafar, 37, yang juga guru Penasihat Kelab Dikir Barat Layar Klasik Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, kumpulan ini ditubuhkan sejak tahun 2013 dan dianggotai oleh 22 orang pelajar.

“Kumpulan ini diaktifkan semula pada tahun ini apabila dijemput untuk membuat persembahan sempena menyambut ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 Negeri Pahang  dan sambutan Hari Kebangsaan nanti.

“Penglibatan pelajar adalah secara sukarela iaitu pelajar kelas teknologi profesional dan perindustrian dan yang menariknya, kebanyakan ahli kumpulan ini berasal dari negeri Johor,” katanya.

Menurutnya lagi, lbih menarik dalam kumpulan ini Tok Joro atau penyanyi utama adalah seorang wanita.

Katanya, mereka telah menyertai pelbagai pertandingan dan memenangi tempat ketiga dalam Karnival Asrama Voktek Peringkat Kebangsaan 2015.

“Inspirasi menubuhkan kelab ini adalah minat saya sejak di sekolah rendah lagi memandangkan saya berasal dari negeri pantai timur iaitu Terengganu dan berharap agar generasi muda dapat mewarisi dikir barat yang merupakan salag satu warisan yang harus dipelihara.

“Ada lagenda dikir barat telah meninggal dunia seperti arwah Megat Nordin dan Ariffin Anas, jadi generasi sekarang perlu mewarisi dikir barat ini agar tidak hilang ditelan zaman bak kata pepatah tak lapuk di hujan, tak lekang di panas,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda