
Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 25 Jul (Malaysiaaktif) ā Program Hari Bertemu Rakyat DUN Machap Jaya telah diadakan di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Machap Jaya, di sini baru-baru ini bagi mendekati masyarakat setempat.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Ngwe Hee Sem, program yang melibatkan pameranĀ agensi dan jabatan kerajaan sangat bermanfaat kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya kerana ianya memudahkan mereka untuk berurusan.
āSelain itu, kita turut mengadakan Program Jualan Rahmah (PJR) bagi memudahkan dan meringankan beban mereka yang tinggal di pedalaman khususnya masyarakat orang asli,ā katanya.
Antara jabatan turut terlibat dalam Program Hari Bertemu Rakyat ini adalah Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, Pejabat Pendaftaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan banyak lagi.
-ZS-