Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hari Potensi TABIKA dan TASKA KEMAS Muar Cungkil Bakat Kanak-kanak

By 25 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Jamah Masri

MUAR, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Program Hari Potensi TABIKA dan TASKA KEMAS Daerah Muar yang melibatkan Parlimen Muar, Pagoh dan Bakri di Dewan Serbaguna Kem Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri, di sini semalam berjaya mencungkil potensi dan bakat kanak-kanak di parlimen tersebut.

Program yang melibatkan kanak-kanak seawal usia lima dan enam tahun ini merupakan acara tahunan dan dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning Mohd Fuad Tukirin, TABIKA dan TADIKA KEMAS ditubuhkan bagi menggalakkan dan mengembangkan bakat, kebolehan, minat, kreativiti dan nilai estetika serta penguasaan pelbagai elemen kemahiran pada kanak-kanak.

“Bermula dari Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Hari Potensi ini sememangnya dilaksanakan setiap tahun melibatkan acara bakat dan sukan,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Johor Dahlia Osman, Pegawai KEMAS Daerah Muar Noor Aniza Sarijan, Pegawai Pemerintah Batalion 6, PGA, Supt. Rasdi Ariffin serta pegawai dan kakitangan KEMAS Daerah Muar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda