
Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini/Nur Hasmawati Maidin (Sabah)
KENINGAU, 30Ā Jul (Malaysiaaktif) – Jeruk buah Bambangan menjadi tarikan produk tempatan Sabah apabila tiba pada musimnya.
Menurut Nur Hasmawati Maidin, 32,Ā beliauĀ mula berniaga dari rumah sejak tahun 2018 tidak dan tidak menyangka produk tempatan jeruk bambangan ini mendapat sambutan yang mengalakkan.
āSelain pembeli dari Sabah, ada juga pembekal dari semenanjung terutama negeri Johor serta luar negara seperti Singapura dan Australia yang membeli jeruk buah bambangan ini.
āProses membuat jeruk ini bergantung kepada permintaan pelanggan dan harga jualan antaraĀ RM10 ke RM25 sahaja.
āBahan-bahan untuk proses penjerukan mudah didapati seperti garam dan biji bambangan yang diparut kemudian digaul bersama isi bambangan yang telah dipotong,” kongsi beliau ketika ditemui pada Program Karnival Sukan dan Niaga Belia Fest di Kompleks Sukan Keningau,Ā kelmarin.
Tambahnya, beliau juga membuat produk lokal tempatan seperti jeruk ikan (bosou), tuhau dan kerepek pisang.
“Saya harap produk tempatan ini mendapat sambutan yang mengalakkan terutama penduduk Sabah yang merantau diĀ Semenanjung,ā katanya.
-ZS-