Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jeruk Buah Bambangan Tarikan Produk Tempatan Sabah

By 30 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini/Nur Hasmawati Maidin (Sabah)

KENINGAU, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Jeruk buah Bambangan menjadi tarikan produk tempatan Sabah apabila tiba pada musimnya.

Menurut Nur Hasmawati Maidin, 32, beliau mula berniaga dari rumah sejak tahun 2018 tidak dan tidak menyangka produk tempatan jeruk bambangan ini mendapat sambutan yang mengalakkan.

“Selain pembeli dari Sabah, ada juga pembekal dari semenanjung terutama negeri Johor serta luar negara seperti Singapura dan Australia yang membeli jeruk buah bambangan ini.

“Proses membuat jeruk ini bergantung kepada permintaan pelanggan dan harga jualan antara RM10 ke RM25 sahaja.

“Bahan-bahan untuk proses penjerukan mudah didapati seperti garam dan biji bambangan yang diparut kemudian digaul bersama isi bambangan yang telah dipotong,” kongsi beliau ketika ditemui pada Program Karnival Sukan dan Niaga Belia Fest di Kompleks Sukan Keningau, kelmarin.

Tambahnya, beliau juga membuat produk lokal tempatan seperti jeruk ikan (bosou), tuhau dan kerepek pisang.

“Saya harap produk tempatan ini mendapat sambutan yang mengalakkan terutama penduduk Sabah yang merantau di Semenanjung,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda