
Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam Yunus
SEREMBAN, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Wisma Negeri, di sini semalam.
“Pengibaran bendera negara (Jalur Gemilang) merupakan pendekatan paling mudah dalam memupuk semangat perpaduan dan kekitaan rakyat di bawah satu lambang identiti negara.
“Objektif pelaksanaannya tidak lain, bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang melibatkan semua peringkat usia dan latar belakang,” ujarnya.
-ZS-