
Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/Mohd Radzi Sayuti (Segamat)
SEGAMAT, 20 Jul (Malaysiaaktif) β Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Segamat yang diadakan di Masjid Bandar Labis, di sini kelmarin telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan warga tempatan.
Sambutan ini diadakan bersempena dengan peristiwa penghijrahan Rasullah SAW dari Kota Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah dan bertujuan untuk mengingatkan masyarakat Islam mengenai permulaan tahun baru dalam kalendar Hijrah.
Menurut Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman, mengekalkan perpaduan yang telah sedia wujud menjadi tanggungjawab kita bersama demi kesinambungan pembangunan khususnya di negeri Johor ini.
βIa amat bertepatan dengan tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Segamat kali ini iaitu Perpaduan Teras Maju Johor.
“Marilah kita beriltizam untuk membangunkan negeri ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat serta menguruskan perubahan dengan baik dan sentiasa bersedia memperbaiki segala kelemahan dalam diri,β ujarnya.
Mohd Masni Wakiman turut menyampaikan wang tunai, sijil penghargaan serta plak kepada penerima Anugerah Khas Maal Hijrah, Anugerah Kemasyarakatan Maal Hijrah, Anugerah Belia Maal Hijrah, Anugerah Saudara Kita Maal Hijrah dan Anugerah Orang Asli Maal Hijrah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis Anuar Abdul Manap, ADUN Tenang Haslinda Salleh, Pentadbir Tanah Segamat Mohd Helmi Datuk Saari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria, Kadi Daerah Segamat Mohamad Hamizan Sayuti, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis Herman Raban dan Pegawai Penerangan Segamat Nor Sofian Abdul Manan.
-ZS-