Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sukses 2.0 Platform Perkongsian Pintar Pengaplikasian Pembelajaran Abad ke-21

By 20 Julai 2023September 6th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Norfazila Ahmad (Politeknik Nilai)

SEREMBAN, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Penganjuran Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Sembilan @ Sukses 2.0 berupaya dijadikan platform untuk murid-murid sekolah mengamalkan budaya ilmu, berfikir, bekerjasama dan sayang-menyayangi.

“Selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggalakkan Pengaplikasian Pembelajaran Abad ke-21, melalui perkongsian pintar berasaskan kepakaran dan pengalaman pelbagai bidang seperti Matematik, Sains, Teknikal, Teknologi, Perniagaan, Biologi, Pengajian Islam dan Internet Benda (IoT).

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Haji Aminuddin Kamisan, berkata demikian di karnival tersebut di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai, dekat sini semalam.

“Menjadi harapan saya agar program ini dapat memotivasikan dan mendidik para pelajar untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

“Ia akan mampu meningkatkan impian pelajar ke instititusi pendidikan lanjutan melalui pelbagai Sukses 2.0 yang menjadi pusat sehenti bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti murid, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini,” katanya.

Karnival anjuran Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan bersama JPNS dan Politeknik Nilai selama dua hari yang berakhir semalam disertai 1,610 orang pelajar dari 50 buah sekolah rendah dan 33 buah sekolah menengah serta pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekitar Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pameran Robotik, Pameran Interaktif dan Asasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Taklimat Pengajian dan kemasukan Politeknik Nilai, Campus Tour’, Pusat Jualan, Pameran Psikologi dan Kaunseling.

-ZS-

Tinggalkan komen anda