Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Peruntukan RM33.6 Juta untuk Penyelenggaraan Lif di PPR dan Perumahan Awam

By 6 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Inthran krishnan/Nurul Jannah Shamsol Anuar

KUALA LUMPUR, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Penyerahan Peruntukan Bagi Inisiatif Belanjawan MADANI 2023: Peyelenggaraan Lif Untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di PPR Seri Malaysia, Taman Desa Petaling, di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata peruntukan khas sebanyak RM33.6 juta yang melibatkan 56 unit lif telah disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menampung kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian lif bagi skim perumahan berstrata melalui Inisiatif Belanjawan Lif Madani 2023.

“Penggantian lif di lima PPR dan juga Perumahan Awam adalah melibatkan PPR Bukit Jalil, Perumahan Awam Desa Rejan, Perumahan Awam Seri Pangkor 1, Perumahan Awam Seri Pangkor 2, dan Perumahan Awam Seri Terengganu.

“Untuk PPR Seri Malaysia sahaja, peruntukan diberikan sebanyak RM3.28 juta yang melibatkan enam unit lif,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani mengambil berat dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di PPR khusunya PPR Seri Malaysia.

“Enam nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan merupakan hasrat kerajaan dalam membangun masyarakat Madani ” ujarnya.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda