Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PJR Karnival Kita Madani Negeri Pahang Dapat Sambutan Menggalakkan

By 23 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

RAUB, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) yang diperkenalkan bagi mendepani kos sara hidup semakin mendapat perhatian rakyat dan sambutan menggalakan daripada penduduk setempat.

Tinjauan yang dilakukan ketika berlangsungnya Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2023  di Perkarangan Tapak Pekan Sehari Dong, di sini semalam mendapat penduduk setempat tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan di jualan tersebut.

Seorang surirumah Norhafiqah Ramli, 39, ketika ditemui berharap PJR dapat diadakan pada setiap bulan bagi meringankan beban rakyat.

“Terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin masalah rakyat dan saya akan terus menyokong usaha-usaha kerajaan yang telah dilaksanakan pada masa ini,” katanya.

Bagi peniaga kedai makan Mohd Zainizam Yunus, 49, usaha kerajaan mengadakan PJR ini sangatlah baik dalam keadaan sekarang kerana rakyat terkesan dengan peningkatkan harga barang khususnya golongan peniaga.

“Kami terpaksa membeli barang-barang dengan harga yang tinggi. Macam mana hendak jual dengan harga yang murah?

“Jadi dengan adanya PJR seperti ini, ianya dapat menjimatkan kos modal perniagaan dan harga makanan dapat ditawarkan lebih rendah dan berpatutan,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung yang ditemui, Shahirah Abdul Aziz, 39, berkerja sendiri, beliau amat menyokong usaha kerajaan yang dilihat bersungguh dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya penduduk luar bandar.

“Usaha ini perlu diteruskan dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan saya menyarankan pihak kerajaan mengadakan PJR ini diperluaskan ke serata tempat tidak khusus ketika karnival sahaja,” katanya.

Majlis Perasmian Karnival Kita Madani Negeri Pahang  telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir Pengerusi Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Sabariah Saidan,  Pemangku Pengarah Penerangan Pahang Mazli Hamdan dan  Pegawai Daerah Raub  Mohd Khuzaidi Harun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda