Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

35 Mangsa Ribut Terima Bantuan

By 23 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Jamah Masri

MUAR, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 35 orang mangsa ribut telah menerima sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit (ADUN) Naning Datuk Haji Mohd Fuad Haji Tukirin ketika program Tayangan Skrin Besar Piala FA di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Naning, di sini semalam.

“Terima kasih kepada Penghulu Mukim Ayer Hitam Muar, Mohd Fauzi Tubi, ketua-ketua kampung dalam mukim serta masyarakat yang dapat bersama-sama dalam program semalam.

“Tahniah juga buat pengurusan pasukan JDT atas kejayaan memenangi Piala FA 2023,” kata Mohd Fuad.

Turut hadir Penghulu Mukim Ayer Hitam Mohd Fauzi Tubi, ketua-ketua kampung dalam mukim dan masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda