Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Tiada Diskaun akan Diberikan – Ketua Polis Kuala Lumpur

By 3 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 3 Jul (Malaysiaaktif) – “Tiada pengurangan diskaun kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika mengetuai Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya, di Bukit Bintang, di sini hari ini.

Penguatkuasaan operasi tersebut telah bermula dari awal Julai sehingga 31 Julai 2023.

Operasi yang diadakan di 16 lokasi utama di seluruh ibu kota adalah bertujuan meningkatkan kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya sepanjang hari termasuk pada waktu puncak.

“Apa sahaja kesalahan dilakukan, pengguna jalan raya akan disaman dan tidak akan ada diskaun diberikan selagi saya bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Apabila hendak mendidik masyarakat, kita harus konsisten dan tegas dengan apa yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran serta budaya mematuhi peraturan lalu lintas.

“Tumpuan juga diberikan kepada warga asing agar mereka mematuhi undang-undang ketika berada di negara ini, seperti mana kita mematuhi undang-undang di negara mereka,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda