Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

‘Pesta Layang-Layang’ di Pantai Layang-Layangan

By 3 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Pantai Damai di Kampung Layang-Layangan meriah bagaikan pesta apabila orang ramai beriadah sambil bermain layang-layang terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.

Menurut seorang pengunjung Redzuan Ariffin Anzy, 39, beliau gembira dapat mengisi masa cuti hujung minggu bermain layang-layang bersama ahli keluarganya.

“Pantai ini memang meriah dan saya pun ambil kesempatan bawa anak dan isteri untuk beriadah serta merapatkan hubungan kami seisi keluarga.

“Saya harap orang ramai dapat menjaga kebersihan serta semua kemudahan yang disediakan di sini,” katanya semasa ditemui semalam.

Sementara itu, seorang penjual layang-layang Alai Mohd Daud, 43, berkata jualannya amat laris terutamanya pada musim cuti sekolah.

“Saya boleh dapat untung kasar sekitar RM300 sehari dan mampu mencecah dua hingga tiga kali ganda semasa cuti sekolah atau cuti umum.

“Saya rasa bersyukur kerana pihak kerajaan memberikan tempat untuk kami berniaga dengan hanya membayar lesen perniagaan sekitar RM50 setahun,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda